
SK Long Jekitan ditubuhkan pada tahun 1999 dan setakat ini bilangan pelajarnya adalah seramai 134 orang murid yang berasal dari Long Jekitan, Long Tikan, Long Bee dan Ba Purau. Sekolah ini mempunyai sembilan orang guru dan enam orang kakitangan sokongan, selain mempunyai kemudahan asrama yang dilengkapi dengan tilam, bantal dan kelambu. Murid-murid menerima bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebanyak RM450.00 sebulan bagi seorang murid. Semua bantuan telah disalurkan termasuk pakaian seragam sekolah, buku dan sebagainya.